April 16, 2013

Sihat itu Nikmat

Setiap perkara yang ada pada kita merupakan satu nikmat dari-Nya. Yang mana bilamana dikatakan nikmat, maka mahu atau tidak perlu untuk kita menjaganya. Allah jelas menyatakan dalam firman-Nya dalam surah ibrahim ayat tujuh yang bermaksud; dan jika kamu bersyukur akan Ku tambahkan, jika kamu kufur,sesungguhnya azab-Ku sangat pedih!

Salah satu nikmat yang perlu kita jaga adalah kesihatan. Nikmat kesihatan adalah satu nikmat yang besar, kerana ianya menjadi penentu kepada banyak perkara.

Jika kita tidak sihat bagaimana kita ingin berjuang?

Jika kita tidak sihat macam mana kita ingin beribadat?

Jika kita tidak sihat macam mana kita ingin membantu orang lain?

Pokoknya sihat merupakan perkara yang membantu kita dalam usaha mencapai redha-Nya. Jadi kepada kalian, sementara masih sihat jagalah kesihatan, dan kepada yang tidak sihat berusahalah dalam mengubati.

Saya? Saya akui saya bukanlah golongan yang mengambil berat dalam kesihatan sendiri. Namun semuanya bermula dengan kesedaran, kan?

Untuk islam, untuk ummat, Jom sihat!

#pesanan buat yang tersayang.

2 comments:

  1. Duta TOLAK jadi duta Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang. hebat-

    ReplyDelete
  2. sihat..1 nikmat...sakit sebagai 1 teguran dan peringatan..

    ReplyDelete